Bagaimanakah Direktori iBanding membantu?

Untuk Pelanggan

Cari ejen berhampiran anda

Ketahui berapa baik ejen itu

Dapatkan pakar dalam kategori insurans mereka

Ketahui siapa ejen yang disahkan

Untuk Ejen Insuran

Cari Pelanggan Yang Berdekatan Anda

Bina kredibiliti di laman web dengan testimoni

Ketahui bahawa iBanding adalah bebas

Dapatkan Pelanggan Berdasarkan Kepakaran Anda


Daftar

Direktori Ejen Insurans Yang Pertama dan Terbesar Di Malaysia

Terdapat beratus-ratus ribu ejen insurans di Malaysia. Ejen Insurans Hayat sahaja terdapat kira-kira 85,000. Semua Ejen Insurans Hayat perlu berdaftar dengan Persatuan Ejen Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan sebarang produk Insurans Hayat. Lain daripada Ejen Insurans Am, Ejen Insurans Hayat hanya dapat mewakili SATU syarikat insurans.

Bagi Insurans Am, Ejen Insurans Am perlu berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Tahun 2015, PIAM mencatat hampir 40,000 Agen Insurans Am yang telah didaftar. Lain daripada Ejen Insurans Hayat, Ejen Am dibenarkan menjual insurans daripada DUA syarikat insurans. Walau bagaimanapun, kebiasaannya, di Malaysia, ada yang menjual insurans dari beberapa syarikat melalui perkongsian antara ejen insurans.

Di Dalam Direktori Ejen insurans ini, kami ingin mempunyai senarai lengkap semua ejen dan agensi individu di Malaysia, bail pun AM dan Hayat; Takaful dan juga insuran konvensional. Ini adalah untuk membantu pengguna- pengguna Malaysia mencari ejen yang terbaik yang berdekatan dengan mereka. Di samping itu, kami menawarkan sistem penarafan dimana pelanggan boleh menilai ejen dan agensi mengikut pengalaman yang mereka ada bersama ejen atau agensi tersebut. Dengan maklumat dalam sistem penarafan pengalaman pelanggan tersebut, ia dapat membantu pengguna-pengguna lain untuk membuat keputusan yang lebih baik apabila ingin memilih ejen yang sesuai dan huga memahami tahap kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ejen-ejen tersebut. Dengan sistem ini, kami berharap ia dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan secara keseluruhan para pengamal insurans dan ollen itu, meningkatkan taraf profesionalisme untuk industri.

Jika anda ingin membeli polisi insurans dan telah mengenal pasti ejen yang anda ingin hubungi, kami sangat mengesyorkan andamembuat pengesahan dengan LIAM untuk Hayat dan PIAM untuk AM. Ini adalah untuk memastikan bahawa ejen tersebut diberi penguatkuasaan. Anda boleh membuat pengesahan melalaui laman web dalam halaman pengesahan di sini.

Insuran Hayat LIAM :
Pengesahan Ejen Hayat
Insuran AM PIAM:
Pengesahan Even AM

Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menambahkan senarai dengan ejen-ejen yang mereka mempunyai pengalaman jual beli. Jangan ragu-ragu mencadangkan senarai itu kepada ejen atau rakan-rakan anda yang kemungkinan ejen yang aktif juga. Semakin banyak orang memberikan maklum balas tentang pengalaman mereka, direktori akan menjadi lebih baik. Disini anda dapat mengetahui ejen-ejen yang menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang kemungkinan tidak baik. Bantu sebarkan berita tentang ejen-ejen yang tidal bagus supaya penguna lain tidak terperangkap, sejurusnya ia juga dapat membantu kami mengenalpasti ejen-ejen insurans yang terbaik di Malaysia. Kami menggalakkan anda bersikap jujur ​​semasa membuat penilaian. Terima kasih untuk masa anda.